Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Hari ini tanggal 03.01.2010 genap usia ku 40 Tahun. Umurku tidak pernah menjadi rahsia kepada dunia. Kerana peningkatan umur ini telah mengajak ku berkongsi rahsia kejayaan yang selama ini aku kecapi. Saat pada hari pertama kelahiran ku di dunia dan selagi hayat ku dikandung badan, inilah usia ku...umur ku... berdoa kehadrat ilahi semoga aku dapat mengisi bilah-bilah hari yang dianugerahkan kepada ku ini dengan benda-benda yang manafaat kepada diriku,,,keluargaku....teman-teman ku seterusnya kepada mereka semua di luar sana yang ingin berkongsi apa yang telah aku lakukan sehingga pada hari ini menjadikan diriku sukses di 2008/2009 dalam hidup ku.

Bro Joenie: Kehadiran Beliau di dalam Industri MLM sedikit sebanyak telah merubah tanggapan negetif masyarat terhadap industri Multi-Level-Marketing di Malaysia-Indonesia-Thailand


Hari ini, terpanggil aku untuk menceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang 'gifted from al-mighty' Allah Subha nawataala. Mengimbau kembali saat mula diri ku baru berjinak-jinak di arena Multi-level-Marketing berbagai tohmahan dan herdikan dari beberapa pihak yang tersenyum sinis akan usaha ku di arena ini kerana sebagai seorang peniaga yang inginkan kejayaan, aku juga pernah tersungkur di lembah kegagalan, aku juga pernah terjerumus dalam lurah kerugian, aku juga pernah terpedaya dengan keinginan dunia..... kerugian puluhan ribu malah pernah mencecah ratusan ribu adalah sebuah ‘sekolah’ pengajian ku yang amat tidak ternilai kalau dibandingankan dengan kejayaan hari ini. Kebangkitan aku semula demi sebuah nama yang pernah 'hanyut' dan dilupakan oleh seluruh teman-teman, masyarakat juga sebahagian kecil keluarga kini disanjung semula. Dan aku amat merasai perkara-perkara yang acap kali disebut oleh semua orang iaitu 'Kejayaan dan Kebebasan kewangan' dalam meniti hidup selepas semuanya berakhir ini.

Memang benar sesebuah kejayaan mudah diperolehi tetapi amat sukar dipertahankan. Ini semua adalah terletak pada diri kita masing-masing. Alam tidak menghukum kita dengan kesusahan sebaliknya kita sendiri menjurus kearah itu. alam tidak mengheret kita ke lembah kehancuran sebaliknya kita yang menghalakan jejak kaki kita kesana. Sesungguhnya berbuat baik kepada alam dan manusia adalah tonggak utama seseorang itu menuju ke destinasi yang kita impikan. Sebuah pengalaman perik hidup sebagai seorang peniaga yang telah terjerumus di lembah kehinaan, merupakan penguat semangat seterusnya membawa aku kepada sinara kejayaan yang ada hari ini.
Dan di hari genap usia ku hari ini, ingin sekali aku mengajak semua umat manusia di muka bumi bertuah ini untuk sama-sama berfikir dan merenung sejenak kepada beberapa peluang-peluang untuk merubah diri kita dan keluarga. Malaysia bumi bertuah menyediakan jutaan peluang untuk rakyatnya mengecapi kesenangan, hanya kita sahaja yang perlu bertindak dan berfikir bagaimana menjadikan peluang-peluang tersebut sebagai satu usaha ‘merubah’ diri kita yang selama ini dicengkam kepenatan hidup.
Sempena di tahun baru 2010 ini dan sempana aneversari umurku, ingin sekali aku mengajak anda semua diluar sana meneliti setiap inci info-info dan peluang-peluang untuk menjana pendapatan sepertimana yang telah digarapkan di lama-laman rasmi syarikat Multi-Level-Marketing di mana aku sendiri telahpun menuai dan merubah hidup ku semenjak 25Hb Mei 2008 lagi. Terpanggil juga aku untuk mengucapkan Jutaan terima kasih yang amat sangat kepada insan mulia President Dir Dr Fadil Samion yang telah mengheret dan menghumban aku ke sebuah syarikat tempatan yang berkuasa di mata dunia ini, FUSION EXCEL. Tanpa beliau, tanpa syarikat dan tanpa sikap ku yang ingin merubah hidup ini, tidaklah kita dapat berjumpa dan bertemu di blog keramat ini yang mana blog dibangunkan oleh diriku sendiri sehingga kini berusia hamir 2 tahun. Hanya kerna pada sebuah perkataan sahaja iaitu ‘UBAH’ ianya telah menjadikan aku seseorang dan aku amat berbangga sekali dengan diri ku yang berani menggunakan pertakaan ‘UBAH’ ini. Dan hari ini aku telah merubah hidupku, keluargaku,teman-temanku, juga kepada masyarakat sekeliling kepada satu era baru dalam kehidupan.

Dan hari ini, pada tahun 2010 merupakan sebuah tahun yang unik, dan kelahiran tahun ini pada situasi yang amat baik dari segi politik dunia, sifat kewangan dunia, sifat kesempurnaan dan kesihatan dunia kita semua percaya bahawa satu momentum penerimaan orang terhadap multi level marketing akan menambah dan seterusnya membawa anad semua yang sanggup berubah ini pada awal tahun akan gemilang pada hujung tahun 2010 ini. Mari sama-sama kita melihat dan menilai apa yang saya ucapkan pada penghujung tahun ini.

2010: 20 Sifat Maha Suci tuhan pada 10 Malaikat yang menjaga kebaikkan umat manusia di alam ini.
2010:Dari 2 ibubapa yang ingin melihat 0 kegagalan dari 1 anak yang 0 perlakuan melakukan kejahatan/kemungkaran.
2010: 2+0+1+0 = 1 Kesesatan dan kemusnahan harapan dalam hidup ini, kembalilah kepada yang maha ESA Allah subhanawa ta’ala pohonkan agar diampuni dosa-dosa yang lalu dan berazam dapat dianugerahkan kesempurnaan hidup dunia dan akhirat.


Dan terakhir dari saya di hari yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita tingkatkan daya usaha supaya kita dikategorikan dan diletakkan sebaris dengan nama-nama insan yang telah pun mengubah sejarah MLM di Malaysia ini khususnya seterunya menjadikan diri kita ‘seseorang’ pada suatu hari nanti. Dan ingatlah 3 pesanan saya dibawah ini sebagai 1 syarat kejayaan dan juga sebagai azimat untuk Berjaya dalam Dunia MLM:
1. Diri kita adalah satu asset yang amat bernilai supaya dipercayai, mempercayai pada dan kepada masyarakat.
2. Menjaga asset kurniaan ilahi ini adalah satu tindakan yang paling baik dalam hidup ini.
3. Jangan hilangkan dua-dua syarat diatas dalam hidup kita.

Sempena di hari ulang tahun saya ini, ingin sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas apa saja perlakuan saya kepada anda semua dalam usaha menyebarkan berita kejayaan dan perkongsian pengalaman ini. Terima kasih semua kepada sesiapa saja yang telah memberi sokongan padu Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Filiphina, Singapore, Laos Vietnam dan di mana saja rangkaian yang bernaung di bawah Bro Joenie EFA Da Best ini.
------Webmaster----

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

ppy birthday