Salam Bahagia....
Tanggal 18Hb Jun. Dr Fadil Samion datang ke utara setelah banyak permintaan untuk supaya beliau mengadakan satu siri sesi jelajah utara. Malam program di Hotel Regency Alor Star mendapat sambutan yang baik. Alhamdullillah walaupun program secara 'ad-hock' namun ianya amat berkesan setelah leader hebat kita dari Bangi juga turut datang dan membuat belian dan pendaftaran yang amat luar biasa yang belum pernah terjadi di dalam kumpulan ini. Jumlah tersebut adalah seperti yang tercatat di cbox sembang sinar EFA yang ditulis sendiri oleh Ketua Kumpulan EFA Utara Malaysia, raja Pendant Naim.

Bergambar di sebuah pusat Thai Original Massage yang menggunakan Quantun Science Pendant segabagai salah satu cara untuk membuat rawatan.(terdapat gambar QP dan Flush dibelakang beliau)
Selepas program tersebut beberapa siri perbincangan diadakan termasuklah seorang kenalan lama tuan President EFA, Wan Rashidi Wan Hussien seorang Master Networker yang amat disegani di era maya internet. Kejayaan beliau dalam beberapa program yang lalu menunjukkan beliau seorang yang amat pakar dalam membuat urusan pemasaran melalui sistem maya ini. Dan beliau juga merupakan salah seorang ahli kongres sebuah pertubahan maya dimana President EFA juga terlibat dan memainkan peranan penting pada tahun 2002 hingga 2005 yang lalu. Kisah kejayaan beliau akan dipaparkan selepas ini diruangan ini.
Setelah selesai semua pemimpin-pemimpin hebat utara bertemu, Dr fadil dan president juga ditemani oleh beberapa hulu balang EFA turun ke Bangkok, Thailand di mana susunan dan himpunan network yang telah digarapkan oleh President EFA beberapa bulan yang lalu belum lagi ditemui beliau. Tepat jam 10.25 Thailand kami mendarat di Suvarnabhumi Airport, New Bangkok Airport, Thailand dan bermalam di Bossotel hotel Bangkok. Pada keesokkan paginya kami terus ke FusionExcel country licensees di Big C Lad Pao Plaza. Sesuatu yang tak dapat digambarkan, Dr Fadil dilayani tak ubah seagai seorang pemimpin besar. (Gambar-gambar akan disiarkan selepas ini. Setelah selesai kunjungan beliau kami terus berjalan-jalan di sekitar bandar Bangkok. Ditemani oleh Alvin, Vinnai, Soparkde dan beberapa orang kuat Mr Jankij. Sesuatu yang tak digambarkan, terima kasih kepada FusionExcel yang membuat suatu program yang cukup hebat dan kami merasai kemanisan tersebut.. Thanzzzz to all the management of FE. Withpou you, it hard to us to be there.......to be continue......
0 comments:
Post a Comment