Salam Sejahtera. Syukur kehadrat Allah swt, setelah setahun menjalankan perniagaan ini dan membantu beberapa leader hebat di Malaysia untuk menyertai sebuah program hebat ini, ramai juga yang menjadi kagum dengan apa yang diperolehi rakan-rakan mereka dalam Fusion excel ini.
Bermula saya hanya dengan sebuah akaun dan sebiji pendant yang telah 'dihadiahkan' ole Bro Joenie, saya cuba untuk meyakinkan dunia bahawa Quantum Science Pendant yang dipasarkan oleh Fusion Excel ini betul-betul memberi manafaat kepada semua orang. anpa pengetahuan yang cukup dan kekurangan bantuan dan sokongan dari pihak-pihak tertentu, saya kuatkan semangat saya setelah saya mengambil langkah drastik meninggalkan kerjaya saya yang telah saya bina selama 7 tahun di Kotaraya
Dengan beberapa analisa dan kajian dibuat pada inan-insan yang telah mengguna-pakai QP ini, saya terus memberanikan diri dan membuat rawatan pertama saya seperti yang ditunjukkan di awal blog ini. Itulah insan pertama yang menerima rawatan dari saya. Walaupun dalam keadaan yang amat berkurangan baik dari segi ilmu maupun lain-lain input, dengan izin Allah SWT, rawatan tersebut terbukti berjaya dan saya terus menghubungi mereka-mereka yang saya rasa perlu diberitahu tentang kejayaan pertama ini. Saya menghubungi Bro Joenie dan MMS gambar rawatan dan beliau terus memaparkan gambar-gambar tersebut diruangan blog keramat ini, Sesungguhnya, sesuatu kejadian atau keadaan hendaklah dibuat dan di sampaikan dengan ikhlas dari hati kita, insyallah sesuatu yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan. Sesuatu yang saya tidak menyangka, dengan tersiarnya apa yang telah saya lakukan itu, saya dihujani dengan panggilan telefon supaya mereka-mereka yang mengalami keadaan kesihatan yang sama dapat diberikan rawatan.
Tanpa mengira penat lelah dan sedikit wang ringgit, saya hanya berjalan dan terus berjalan dari satu tempat ke satu tempat dengan keadaan agak berkurangan ni telah meletakkan saya ke satu tahap yang saya amat bersyukur di mana sebelum ini belum lagi pernah saya termimpi untuk sampai ke tahap ini. Ketika itu keterlibatan saya di dalam FE hanya baru 4 bulan, saya telah mempunyai satu pendapatan yang agak lumayan. Pada bulan ke 5 dengan bantuan Dr Fadil Samion dan Bro Joenie, saya dapat duduk di dalam sebuah kereta Merc C220 yang mana sebelum ini saya hanya memerhatikan orang lain yang ada di dalam kereta ini. tetapi hari ini saya, saya Mohd Naim Bin Hj Said adalah sebagai pemilik kenderaan ini. Bertitik mula dari ini, apa yang saya lakukan di dalam beberapa bulan ini dpat diikuti oleh beberapa sahabat karib dan juga jiran-jiran.
Dengan berkembangnya rangkaian yang saya bina sendiri dengan TANGAN saya sendiri ini, nama saya terus disebut dan bagi saya ini juga merupakan hadiah saya kepada keluagra saya yang selama ini bersusah payah memberi pengorbanan yang tak terhingga. Seterus mendapat jolokkan nama sebagai RAJA PENDANT UTARA sepertimana yang telah diberi oleh Bro Joenie sendiri. Dan hari ini saya amat-amat menilai...nilai sebenar 'Hadiah' yang telah diberikan beliau pada awalan siri hidup saya di FE ini.
Dan pada hari yang bersejarah ini 09.09.09 saya telah melakarkan sejarah baru hidup saya dengan memiliki kereta impian saya. Saya tiada apa sebelum ni, saya insan biasa apa yang ada pada saya hanyalah sifat semula jadi saya iaitu patuhi apa yang diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kita, patuhi nasihat dan pandangan terutamanya ibunda tercinta saya. Hormat pada orang yang lebih dulu berpengalaman didalam sesuatu bidang terutamanya di dalam FE ini.
Kesempatan di bulan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan yang telah diberikan oleh webmaster dalam usaha untuk menceritakan siri perjalanan hidup saya sebagai warga EFA untuk mengucapkan jutaan Terima kasih tak terhingga kepada Bro Joenie dan Dr Fadil yang tak pernah jemu dengan pertanyaan saya di dalam FE ini. Dan kepada keluarga, sahabat handal, jaringan
0 comments:
Post a Comment