Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Dari meja President EFA

Salam bahagia... sudah sekian lama saya tidak meng'update' blog ini secara personal. Ini adalah kerana beberapa perkara peribadi yang terjadi dalam sebulan yang lalu. Alhamdulillah segala permasalahan telah pun di atasi dengan sebaiknya.


Sepanjang tidak bersama network secara dekat, banyak perkembangan positif yang telah berlaku di dalam kumpulan yang hebat ini. Pada dinner FE 17Hb Okt yang lalu, saya juga tidak dapat menghadirinya, tetapi saya juga mengikutinya secara jauh dan amat berpuashati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh networtk hasil team work yang menjadi tradisi di dalam EFA Group. Berbagai pencapaian yang menarik di antaranya seperti pendafataran ahli baru harian yang mencecah PV harian sebanyak 10.000 pv, kewujudan kumpulan baru yang berprestij dan kelahiran beberapa Director baru dan Executive Director baru sekaligus menyuntik semangat baru kepada mereka-mereka diluar sana untuk menyertai FE bersama EFA smartnetwork ASIAN ini.

Yang lebih membanggakan kepada semua warga EFA di mana pencapaian pangkat pada mereka yang hanya baru sebulan mengenali apa sebenarnya Quantum Science Pendant itu sekaligus telah melonjakkan prestasi Kumpulan ini kepada satu tahap yang amat membanggakan sepanjang tempoh usia EFA di persada MLM Malaysia khususnya.

Di Fusion Excel sendari, berbagai sejarah dilakarkan termasuklah, CEO Mr. Paul Ting yang di nobatkan sebagai "Asia Pacific Distinguished Corporate Leader 2009"! Pihak saya sendiri dihujani dengan panggilan telefon dari seluruh pelusuk nusantara yang telah menyertai EFA untuk memastikan situasi sebenar.

Dengan pengiktirafan yang hebat ini telah memanggil banyak pemimpin-pemimpin MLM dari syarikat lain untuk sama-sama memperkenalkan FE ini di mata dunia. Setelah dinobatkan "Asia Pacific Distinguished Corporate Leader 2009"! ianya telah meletakkan FE adalah sebagai syarikat Multi-Level Made in Malaysia menjadi popular di dunia amnya.

Perkembangan yang amat baik ini juga disusuli dengan satu lagi kejayaan besar bagi diri saya dan juga EFA di mana, pada 01/10/2009 kewujudan stokis-stokis yang bertaraf antara bangsa khusnya di Canada Dan USA. Terutamya di San Deigo dan Wisconsin USA.

Menyingkap kembali sejarah sebenar pihak saya dalam Industri MLM, inilah kali pertama menjadi pemimpin dalam Syarikat Multi-Level mempunyai rangkaian luar negara bukan hanya di dalam bentuk networking yang biasa, tetapi mereka di negara-negara maju khususnya USA mengambil langkah drastik membuka Stokis Negara di mana modal permulaan bukan hanya sekadar menjadi member FE, tetapi komitmen kewangan dan network perlu di utamakan demi mencapai matlamat dan hasrat FE sendiri.

Thanks to Mr Brandon , the greatest leader FE in Canada.



Sehingga kini, Ahli-ahli yang telah mebuka stokis di bawah Kumpulan EFA Group ialah:
Malaysia - 21 Stokis
Thailand - 12 Stkois
Indonesia - 7 Stokis
Brunei - 1 Stokis
Singapore - 1 Stokis
USA - 2 Stokis (1 Country Lesen)
Laos - 1 Stokis.

Seperti yang telah di lakukan oleh pihak saya pada December 2008, saya percaya sejarah kebangkitan orang-orang kita di Malaysia terutamanya orang-orang melayu akan mewarnai persada MLM ini. Ini dalah kerana purata 4 pembukaan stokis-stokis baru pada setiap kali Dinner syarikat akan menyemarakkan lagi setelah kehadiran beberapa guru-guru sekolah yang mempunyai ruang masa yang panjang setelah tibanya musim cuti sekolah yang bakal datang.

Akhir kata, marilah sama-sama kita berusaha sedaya upaya kita untuk membuktikan kepada dunia bahawa kemewahan, kesihatan, kebahgiaan yang selama ini kita laung-laungkan terdapat di Fusion excel International ini. Terima kasih semua yang sudi menyertai EFA Group dengan keikhlasan hati. Wasallam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: