Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KOSMO 9-910


SPORTSEXCEL yang meletakkan matlamat pembangunan sukan pada peringkat akar umbi terus mendapat suntikan apabila FusionExcel International Sdn. Bhd. bersetuju untuk menjadi ahli baru pertubuhan tersebut.

FusionExcel International yang bergiat cergas memasarkan barangan kesihatan dan tenaga dengan tema hidup sihat menjadi kerabat terbaru SportsExcel dengan komitmen berjumlah RM45,000 untuk tempoh tiga tahun.

Di samping komitmen tersebut, FusionExcel International juga menyumbang barangan kesihatan termasuk loket, gelang dan termos, semuanya bernilai RM205,000 untuk dijadikan hadiah kepada pemenang pelbagai acara sukan remaja anjuran SportsExcel untuk tempoh yang sama.

Majlis menandatangani perjanjian telah dilangsungkan baru-baru ini dengan SportsExcel diwakili Pengerusinya, Tunku Imran Tuanku Ja'afar sementara pengasas serta Ketua Pegawai Operasi (CEO) FusionExcel International, Paul Ting mewakili syarikat berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli majlis SportsExcel, Datuk Dina Rizal, Pengarah Eksekutif SportExcel, Teng Mui Ngee, Pengarah Fusion ExcelInternational, Alan Yeo dan KK Tang serta Pengurus Besar FusionExcel International, Patrick Chan.

Tunku Imran dalam ucapannya melahirkan harapan agar kerjasama dengan FusionExcel akan berterusan dan kukuh dari semasa ke semasa untuk bersama membangunkan sukan di peringkat akar umbi di negara ini.

Tunku Imran menjelaskan, SportExcel yang ditubuhkan 19 tahun lalu meletakkan matlamat membangunkan sukan negara di peringkat remaja.

Katanya, setakat ini banyak kejayaan yang telah dicapai di sebalik pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi.

Beliau juga berharap lebih banyak warga korporat tampil membantu SportExcel merealisasikan impian membentuk asas yang kukuh di peringkat akar umbi dalam membimbing altet-atlet remaja mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Tunku Imran amat menghargai sokongan yang diberikan oleh FusionExcel sebagai warga korporat, bukan saja dengan wawasan mempromosikan gaya hidup sihat dalam masyarakat tetapi juga untuk pembangunan sukan di negara ini.

Sementara itu, Paul Ting pula menyifatkan penyertaan mereka bersama SportExcel sebagai satu penghormatan untuk mendekati remaja di seluruh negara supaya potensi yang ada pada mereka dapat dikembangkan untuk mencapai kecemerlangan untuk negara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: